Komunikasi jelik terhadap Setiausaha Politik MB Selangor, peniaga didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas pertuduhan membuat dan memuat naik penyataan bersifat jelik terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor (kawasan Gombak) A Rahim Ahmad Kasdi, menerusi aplikasi WhatsApp pada Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Yunus Mahmood, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Tertuduh didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui akaun Whatsapp yang menggunakan nombor telefon atas nama profil ‘Suara Keramat’, secara sedar telah membuat dan memuat naik komunikasi dalam kumpulan ‘GombakPKR Setia’ suatu penyataan yang jelik sifatnya terhadap ‘Rahim

Kasdi’, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Taman Sri Gombak di sini pada 10.29 malam, 2 Ogos 2020, mengikut Seksyen 233(1)(a) (iii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari jika kesalahan itu berterusan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Shae, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

_BERNAMA_

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pengarah, Pengurus Syarikat Bekal Makanan Sejuk Beku Didakwa Di Mahkamah

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...