Fobia kena ‘skodeng’

- Advertisement -

ANNYEONGHASEYO! Cerita mengenai artis diekori atau diintip di Korea Selatan bukanlah perkara baharu. Bahkan, artis di negara itu sudah cukup lali dengan perhatian yang tidak putus setiap kali berada di tempat awam.

Bagaimanapun, kebimbangan besar mereka tentu sekali apabila ruang peribadi diceroboh.

Demikian juga pengalaman penyanyi Soyeon apabila menjadi mangsa diintip seorang lelaki pada Februari lalu.

Walaupun lelaki terbabit sudah diserahkan kepada polis, penyanyi itu jelas masih fobia dengan pengalaman itu.

Ini kerana berbulan-bulan dia menjadi mangsa gangguan lelaki terbabit sejak pertengahan tahun lalu.

Berkongsi mengenainya, Soyeon melihat situasi begitu sudah menjadi lumrah buat artis dan bukan dirinya seorang.

Bagaimanapun, dia berharap peminat yang suka mengintip mereka tidak mendatangkan kemudaratan seperti dialaminya.

“Masalah diintip ini dialami semua rakan artis saya dan rata-rata memang pernah ada pengalaman sebegitu. Bukan saya seorang saja. Dalam kalangan peminat, ada yang menyayangi kami dan menunjukkan cara berhemah.

“Bagaimanapun, ada juga yang menunjukkan sokongan dengan cara memudaratkan. Saya rasa situasi ini berlaku apabila kita sendiri mencuri perhatian dalam skala besar. Ramai saja artis yang berdepan dengan situasi sebegini,” katanya.

Soyeon berkata, dia sebenarnya akur dengan lumrah itu namun berharap akan ada penyelesaian sistematik untuk menangani hubungan interaksi artis dan peminat.

Menurutnya, isu peminat yang memudaratkan perlu diperhalusi.

“Saya harap keharmonian dapat dicapai dalam kalangan mereka yang meminati artis. Alangkah bagusnya kalau sistem terbaik dibina untuk membantu interaksi antara artis dan peminat agar lebih berhemah.

“Saya dengar memang ada ramai yang cuba usahakan perkara ini. Saya sendiri mendapatkan bantuan dalam kalangan mereka untuk mengembalikan semangat saya selepas insiden itu,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 30-an disiasat berhubung tindakannya menceroboh bangunan kediaman bekas anggota T-ara itu.

Lelaki terbabit dilaporkan berbuat demikian pada jam 10 malam, 10 Februari lalu.

Sewaktu insiden itu, dia dikatakan menekan lonceng pintu setiap rumah di bangunan itu satu persatu untuk mencari Soyeon. Dia kemudian diberkas polis selepas menerima laporan. Soyeon dilaporkan tidak berada di rumahnya ketika itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat