Bapa Jho Low dituntut bayar RM48 juta kepada kerajaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, membenarkan kerajaan melucut wang lebih RM48 juta dirampas daripada bapa ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low iaitu Tan Sri Larry Low Hock Peng.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, akaun Hock Peng dibekukan pihak berkuasa dipercayai sebahagian daripada penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Terdahulu pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shafinaz Shabudin memaklumkan mahkamah tiada pihak ketiga hadir bagi mencabar tindakan pelucutan hak wang itu.

“Hari ini ditetapkan untuk hujahan pihak ketiga bagi mencabar permohonan lucut hak. Bagaimanapun, tiada pihak tampil berbuat demikian,” katanya memetik Berita Harian.

Pada 29 Mac 2018, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Hock Peng dengan mendakwa ia adalah hasil kegiatan pengubahan wang haram.

Wang yang dirampas termasuk tujuh akaun daripada bank RHB dan Maybank Berhad (MBB) masing-masing di KLCC, Kuala Lumpur dan Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Harta terbabit adalah wang berjumlah RM20,784,952.56 dengan faedah dalam akaun semasa atas nama Hock Peng (Responden) di RHB yang disita pada 11 Disember 2018.

Turut disita, empat lagi akaun RHB masing-masing berserta faedah, wang berjumlah RM300,000; RM500,000 dan RM20 juta.

Bagi akaun MBB jumlah terbabit termasuk faedah ialah RM6,613,970.78, RM462,618.38 dan RM318,021.95.

Kesemua akaun itu adalah akaun simpanan tetap dan semasa yang disita pada Disember 2018 dan 31 Januari 2019.

Setakat ini, pihak berkuasa masih tidak dapat mengesan Jho Low dan bapanya. -SuaraTV

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...