KUALA LUMPUR -Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat pelbagai akaun video palsu TikTok yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Video berkenaan disebarkan melalui Tiktok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di platform media sosial.
“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.



