Mafidz Kembali dengan Album Ke Dua Berjudul Teleportasi

- Advertisement -

Kumpulan Mafidz adalah sebuah kugiran yang bergenre ‘folk-pop’ kini kembali dengan Album terbaru mereka yang berjudul ‘Teleportasi’ setelah enam tahun sejak album pertama mereka diterbitkan pada tahun 2018. Album ‘Teleportasi’ dibarisi 11 lagu yang ditulis dan diproduksi sendiri oleh tiga bersaudara, Megat Hafidz, Megat Fazly dan Megat Aizzat.

‘Teleportasi’ menampilkan sisi baharu muzik Mafidz, di mana golongan pendengar dibawa dalam ‘mood’ yang bervariasi, berbeza berbanding album terdahulu.

“Mafidz masih menjadikan folk sebagai genre utama di dalam album kedua ini, namun kami tidak hanya fokus kepada satu genre sahaja. Menerusi ‘Teleportasi’, Mafidz turut bereksperimen dengan genre alternatif-pop. ‘Teleportasi’ juga digarap dengan nafas baharu dengan kepelbagaian nada, di samping kami banyak bereksperimen dengan instrumen yang kami miliki.

Perubahan paling ketara adalah dengan menampilkan penggunaan instrumen drum yang sebelum ini tidak digunakan sama sekali dalam album pertama. Selain itu, dalam sebuah lagu juga dihadirkan alunan yang diiringi string quartet buat pertama kali,” kata Megat Fazly, vokalis dan pemain piano.

Album ‘Teleportasi’ juga turut memperlihatkan gandingan kugiran ini bersama Salammusik dan Otam menerusi lagu ‘Tenteram’ dan ‘Senandung’. Mafidz menganggap kerjasama bersama kedua-dua pemuzik tanah air ini istimewa, selain bertepatan dengan usaha mereka dalam menyuntik kelainan dan nuansa baharu dalam album ini.

“Pemilihan Salammusik dalam bekerjasama adalah istimewa bagi kami kerana kumpulan itu gemar bereksperimen dalam karya-karya mereka dengan menampilkan elemen nusantara, walaupun mengetengahkan muzik reggae. Manakala gandingan bersama Otam pula sesuai dengan gaya muzik dalam lagu yang kami ingin tampilkan. Penghayatan beliau dalam mengekspresikan muziknya serta penyusunan lirik yang unik juga amat kami kagumi.

“Penghasilan album ‘Teleportasi’ melibatkan kami bertiga sepenuhnya dari segi komposisi muzikdan nukilan lirik berbanding album terdahulu yang hanya mengetengahkan karya karya saya sepenuhnya. Penulisan lirik untuk kali ini juga membabitkan beberapa kolaborasi bersama penulis lain,” tambah Megat Hafidz, selaku vokalis.

Megat Aizzat, vokalis dan pemain gitar berkongsi, “Walaupun album ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan akibat pelbagai kekangan, kami amat bersyukur akhirnya selesai dan sedia untuk dikongsikan kepada semua. Kami berharap agar lagu-lagu Mafidz dapat menemani pendengar menjalani hari-hari mereka.

Mafidz juga dalam perancangan untuk mengadakan showcase bagi album ‘Teleportasi’ dan tour ke seluruh Malaysia. Jadi, kami harap dapat bertemu dengan para pendengar dan penyokong Mafidz dalam waktu terdekat ini.”

Mafidz bakal melancarkan muzik video rasmi bagi single ketiga mereka dari album ‘Teleportasi’ yang berjudul ‘Kala Malam’ pada 1 Mac akan datang. Muzik video tersebut menampilkan pelakon berbakat tanah air iaitu Sara Ali.

Sebelum rasmi melancarkan album kedua ini, Mafidz sempat mengeluarkan dua single iaitu lagu ‘Kayuh!’ dan ‘Lemas’ yang kini tersedia untuk didengar pada bila-bila masa di semua platform digital termasuk Spotify dan Apple Music.

Bermula 23 Februari 2024, bagi mendapatkan album ‘Teleportasi’ yang berharga RM 45, orang ramai boleh melakukan pesanan melalui platform Shopee (mafidzstore) atau menghubungi pihak pengurusan Mafidz menerusi akaun Instagram (@mafidz.store).

Tentang Mafidz

Mafidz merupakan ilham daripada tiga beradik Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & piano) & Megat Aizzat (vokal & gitar). Datang dari keluarga yang meminati seni, mereka menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. Kesemua karya yang dihasilkan telah lahir dari “home studio” mereka sendiri yang bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Album pertama Mafidz bertajuk ‘Ada Angin & Hati’ telah diterbitkan pada tahun 2018.

Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, gitar elektrik, perkusi, drum dan cello. Untuk perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih dekat, boleh layari laman sosial mereka di Instagram, TikTok & X (@mafidzofficial) dan Youtube (MAFIDZ OFFICIAL).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat