Pegawai JKR direman 5 hari terima rasuah lebih setengah juta

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

Dia direman di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 1 Mac dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Penjawat awam berusia 44 tahun itu bertugas di bahagian jalan JKR daerah Raub ketika didakwa melakukan kesalahan itu.

Dia dikatakan menerima suapan antara RM1,000 hingga RM95,000 antara tahun 2018 hingga 2022.

Jumlah keseluruhan suapan diterima suspek adalah RM516,325.

Suapan itu diterima daripada seorang kontraktor sebagai balasan mencadangkan syarikat proksi kontraktor berkenaan untuk diambil sebagai sub-kontraktor bagi projek pembaikan cerun daripada JKR Daerah Raub.

Suspek juga dipercayai membantu urusan bagi mendapatkan bayaran tuntutan kerja membaiki cerun berkenaan.

Dia ditahan jam 6.56 petang semalam ketika hadir bagi dirakam keterangan di pejabat SPRM Pahang.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat