Belanjawan 2023: Kemudahan Pinjaman dan Pembiayaan 40 Bilion Bantu Usahawan – KUSKOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yakin Belanjawan 2023 dapat membangunkan sosioekonomi dan membantu para usahawan dan koperasi.

KUSKOP melalui satu kenyataan berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan kerajaan dalam menyediakan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk usahawan PMKS sebanyak RM40 bilion.

“Peruntukan keseluruhan kepada KUSKOP bagi tahun ini berjumlah sebanyak RM732 juta yang merangkumi RM520 juta perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta perbelanjaan mengurus.

“Ini merekodkan pertambahan RM182 juta berbanding belanjawan tahun lalu, khususnya perbelanjaan pembangunan yang ditambah sebanyak RM165 juta,” katanya.

Antara insentif yang dapat dimanfaatkan menerusi KUSKOP dan agensi ialah:

i. Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150 ribu pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%

ii. RM50 juta bagi membina dan menaik taraf melibatkan 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara

iii. RM176 juta disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

iv. Kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion

v. Dana pinjaman hampir RM10 bilion bagi perniagaan SME oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan

vi. Jaminan sehingga RM20 bilion pinjaman PKS oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90% yang turut diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi

vii. Dana pinjaman sehingga RM2 bilion oleh BNM bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat PKS menerap amalan rendah karbon

viii. RM100 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil dalam bentuk geran padanan sehingga RM5,000.00 akan dibayar kepada PKS yang melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan seperti sistem jualan POS, perakaunan atau pengurusan inventori; dan

ix. RM1 bilion dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat