‘Port’ sukan terbang

- Advertisement -

Seperti namanya Semporna, pemandangan pulau yang terletak di sebelah pantai timur Sabah ini cukup terkenal dengan kejernihan air laut hijau kebiruan sehingga boleh menampakkan isi dasarnya.

Kebanyakan pengunjung tertarik untuk mengunjungi pulau dan melakukan aktiviti rekreasi air berbanding tarikan lain yang terdapat di destinasi percutian itu.

Terbaharu adalah Taman Bukit Kuala Bibang iaitu ‘port’ sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti lasak atau rekreasi terutama pendakian dan perkhemahan.

Taman Bukit Kuala Bibang dibangunkan pengusaha yang juga anak jati tempatan, Talib Bandoq bersama isteri, Zubaidah Abdul Rahim itu menyajikan panorama pandangan 180 darjah dari puncak bukit bagi melihat pulau yang berada sekitar Semporna.

Menurut pengunjung Taman Bukit Kuala Bibang, Orkid Jamilah Awang, dia bersama suami, Kapten Ikhwan Azilah mengetahui kewujudan bukit terbabit ketika di atas bot dalam perjalanan menuju Pulau Mabul.

“Ketika bercuti ke Semporna, seperti pengunjung luar yang lain, kami hanya mengetahui mengenai tarikan pulau yang indah dan water chalet.

“Tidak dinafikan keindahan laut terutama isi dasarnya termasuk ikan dan terumbu karang dapat pengunjung saksikan.

 

DASAR pandang dari aktiviti luncur udara.
DASAR pandang dari aktiviti luncur udara.

 

“Ketika asyik memerhati pemandangan sekeliling dalam perjalanan ke Pulau Mabul, saya dan suami ternampak bukit terbabit.

“Kami rakam gambar bukit itu. Kami singgah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau kerana sudah tiba masa untuk pulang ke Semenanjung.

“Kebetulan bertemu pemilik, kami ambil keputusan kembali pada bulan berikutnya untuk berkhemah dan menikmati pemandangan Taman Bukit Kuala Bibang,” katanya.

Kata Orkid Jamilah, keindahan bukit itu yang menghijau itu tidak ubah seperti suasana bukit di New Zealand dan sesuai dijadikan sebagai pusat aktiviti sukan luncur udara.Hal itu turut dipersetujui suaminya yang juga Pengasas Persatuan Luncur Udara Malaysia (Plum) selain ‘pilot’ sukan luncur udara ditauliah badan dunia.

“Mengenai Taman Bukit Kuala Bibang itu sendiri tidak dinafikan kali pertama bermalam dan berkhemah juga sudah mengujakan terutama pemandangan senjanya.

 

PANORAMA disajikan Taman Bukit Kuala Bibang membuatkan ia ‘port’ menarik di Semporna.
PANORAMA disajikan Taman Bukit Kuala Bibang membuatkan ia ‘port’ menarik di Semporna.

“Pemandangan dari pagi, senja sehingga malam memang indah terutama menyaksikan taburan bintang cukup jelas nampak di langit apabila bermalam atas bukit.

“Untuk sampai ke puncak juga tidak sukar kerana perjalanan mendaki hanya 10 hingga 15 minit. Ia sesuai untuk rekreasi dan bersantai bersama ahli keluarga atau rakan.

“Kemudahan termasuk satu chalet penginapan, tandas dan tapak khemah mampu memuatkan 300 pengunjung untuk satu masa.

“Bagi saya penggiat sukan luncur udara, tarikan kuat bukit itu mesti dilawati adalah potensi sebagai tempat pelepasan apabila melakukan aktiviti meluncur udara.

“Setidak-tidaknya ia satu kelebihan buat penggiat apabila ada ‘port’ yang boleh menjadi pusat kegiatan sukan luncur udara di sebelah pantai timur,” katanya.

 

SANTAI menikmati minuman kopi tatkala pemandangan senja.
SANTAI menikmati minuman kopi tatkala pemandangan senja.

 

Bagi peluncur udara atau orang awam yang dapat mencuba aktiviti luncur udara tandem, kata Ikhwan, mereka sudah tentu menikmati pemandangan indah Semporna menerusi udara.

“Kalau di atas bukit, pandangan hanya 180 darjah dan statik, tetapi jika dengan aktiviti luncur udara mereka boleh bergerak dan pandangan adalah 360 darjah.

“Saya dan isteri merangka untuk merealisasikan projek aktiviti sukan udara dapat diperkenalkan di Semporna dalam tempoh terdekat.

“Kami mendapat sokongan pengusaha bukit terbabit dan kerajaan tempatan iaitu Jabatan Perhutanan di Semporna dan Persatuan Rekreasi Semporna (Tawau),” katanya.

 

ORKID Jamilah dan Ikhwan melihat Taman Bukit Kuala Bibang sebagai ‘port’ terbang bagi sukan luncur udara.
ORKID Jamilah dan Ikhwan melihat Taman Bukit Kuala Bibang sebagai ‘port’ terbang bagi sukan luncur udara.

 

Tambah Ikhwan lagi, dengan adanya sukan luncur udara sebagai aktiviti rekreasi di bukit terbabit boleh membantu meningkatkan imej tarikan dan potensi kawasan pelancongan terbabit.

“Pada saya, Semporna tidak hanya tarikan pulau atau popular sebagai ‘syurga’ makanan laut semata-mata.

Banyak lagi boleh dilawati dan dikunjungi termasuk aktiviti boleh disertai pengunjung di luar terutama dari Semenanjung.”Sekurang-kurangnya perkongsian saya dan isteri dapat membuka mata mengenai keunikan Semporna dari sisi berbeza,” katanya.

 

TANGGA yang boleh dilalui pengunjung.
TANGGA yang boleh dilalui pengunjung.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat