Lia Aziz berpada-pada kongsi gambar romantis dengan suami di media sosial

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi Lia Aziz, 20, tidak menjadikan platform media sosial terutama Instagram untuk selalu berkongsi foto bahagia dan video romantis bersama suami, Arash Azimi Anuar, 25, yang juga pemain gitar kumpulan Tree Hill.

Lia berkata, walaupun perkongsian berdua dengan suami setakat ini mendapat penerimaan baik daripada peminat dan pengikutnya, namun dia selesa bertindak berpada-pada dalam setiap hantaran yang dibuat di media sosial.

“Alhamdulillah, buat masa ini apa yang saya kongsi di media sosial dengan suami tidaklah dikecam netizen. Malah, kebanyakannya menerima baik dan mendoakan kebahagiaan untuk kami berdua.

“Lagipun, saya bukanlah individu yang selalu membuat perkongsian berkaitan pasangan ataupun kehidupan peribadi di media sosial, tapi saya hanya ‘share’ (kongsi) apa yang orang boleh terima dan mereka suka tengok saja.

“Alhamdulillah, memang sehingga kini kami belum pernah lagi mendapat komen netizen yang meluat tengok apa yang dikongsikan itu. Mungkin juga kami pun tidak terlalu menunjukkan aksi kemesraan suami isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Kucu Kuca ini berkata, dia bersama suaminya faham tidak semua foto dan aktiviti dilakukan mereka berdua perlu selalu dikongsi di media sosial.

Katanya, kalau ada pun pastinya perkongsian menyanyi ‘cover’ lagu bersama di TikTok.

Baru tujuh bulan bergelar isteri, Lia berkata, kehidupan rumah tangganya lancar walaupun dia perlu membahagi masa dengan komitmen kuliah sebagai pelajar jurusan muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Tak banyak perubahan pun sebelum dan selepas berkahwin. Ini kerana mungkin saya dan suami, kami saling memahami komitmen masing-masing. Kami berdua pun minat muzik dan saling menyokong pembabitan dalam karier seni,” katanya.

Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz melangsungkan pernikahan dengan Arash Azimi pada 23 Julai tahun lalu ketika berusia 19 tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat