Noh Terima Surat Tindakan Lembaga Disiplin Umno?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tan Sri Noh Omar dikhabarkan mendapat surat tindakan daripada Lembaga Disiplin Umno.

Menurut sumber yang memberitahu Suara.TV, surat tindakan yang diterima Noh itu ekoran beliau tidak menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 baru-baru ini.

“Tan Sri Noh Omar dapat surat tindakan daripada Lembaga Disiplin Umno,” katanya ringkas.

Untuk rekod pada 17 Januari lalu, Noh dalam satu hantaran di Facebooknya mencatat bahawa beliau tidak bangun menyokong usul tambahan yang dibawa perwakilan dari Negeri Sembilan.

“Bab saya masih berdendam dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu adalah urusan antara kami berdua. Malah, saya juga dimaklumkan tiga ahli MKT lain juga tidak bangun sewatu undian itu dijalankan.

“Dari segi peraturan, usul yang dibawa tidak ikut peraturan. Semasa mesyuarat MKT, hanya tujuh usul sahaja dibincangkan dan tidak termasuk usul pertandingan jawatan tertinggi parti. Malah apa yang berlaku adalah usul tambahan dan bukan usul pindaan,” kata Noh.

Jelas beliau lagi, Perkara 20 Perlembagaan Umno merujuk kepada usul pindaan bukan tambahan.

“Jadi usul tambahan tersebut tidak melalui mesyuarat MKT dan saya lihat ia bercanggah dengan peraturan sedia ada.

“Kalau usul tersebut dibincangkan dalam MKT, saya akan menyokong usul tersebut,” katanya.

Tambah Noh lagi, kalau dulu Zahid menang bertanding tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan, kini pun tak mustahil beliau mampu menang memandangkan beliau kini Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu pada 20 November tahun lalu, Noh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Umno Selangor selepas hilang kepercayaan kepada Presiden Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat