MKT Putuskan Status KJ, Jumaat Ini?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status keahlian Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan diputuskan oleh mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Jumaat, 27 Januari ini.

Difahamkan petang ini Lembaga Disiplin Umno mengadakan mesyuarat pengurusan bagi membincangkan status keahlian pimpinan-pimpinan Umno yang berdepan ‘masalah disiplin’

Selain status Khairy, dipercayai Tan Sri Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin pada 30 Januari akan datang.

Awal hari ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan sekadar memberitahu kedudukan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada petang ini namun tiada sebarang maklumat lanjut diberitahu.

Pun begitu, meskipun Lembaga Disiplin Umno telah memutuskan sebarang keputusan berhubung tindakan namun, kata putus akan dimaklumkan secara rasmi oleh MKT pada Jumaat ini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Lembaga Disiplin Umno akan meneliti tindakan terhadap Khairy Jamaluddin yang menyebarkan dakwaan palsu mengenai kewujudan ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Ia selepas bekas Ketua Pemuda Umno itu mendakwa wujudnya usaha membawa masuk perwakilan import berkenaan bagi memastikan usul tambahan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang, diluluskan dalam PAU 2022. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat