‘Jaguh’ ketika gelap

- Advertisement -

SEJAK pelancaran peranti kelas mercu keluaran Huawei P50 Pro, wujud pelbagai persepsi dalam kalangan pengguna termasuk tetapan sistem kamera ‘dual-matrix’ yang dikatakan memberi rakaman imej lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Penulis berkesempatan untuk melakukan ujian awal terhadap peranti P50 Pro ini terutamanya penggunaan kamera ‘matrik berkembar’ berkenaan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pengguna fotografi mudah alih.

Tetapan kamera sistem ini juga sangat baik apabila mampu beroperasi dalam semua keadaan termasuk suasana gelap dengan penghasilan imej tanpa gangguan atau ‘noise’ pada gambar yang dirakam.

Huawei P50 Pro ini menawarkan keupayaan kamera yang terbaik pada kelasnya apabila ia mampu beroperasi dalam apa juga keadaan persekitaran sama ada cukup pencahayaan, gelap dan sebagainya.

Buktinya, penulis melakukan ujian di dalam satu bilik gelap dengan kadar pencahayaan hanya lima hingga 10 peratus saja dan penulis memilih mod gambar malam untuk merakam sebiji pasu bunga.

Peranti ini hanya mengambil masa 10 saat untuk kelengahan pemproses gambar dan hasilnya amat menakjubkan apabila P50 Pro masih mampu untuk merakam gambar tanpa sebarang gangguan malah kualiti imej berkenaan adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan peranti lain.

Perbandingan dilakukan dengan sebuah lagi peranti Android jenama X yang juga kelas mercu dan wujud perbezaan imej yang sangat ketara apabila diletakkan bersebelahan dengan Huawei P50 Pro.

Imej yang terhasil daripada P50 Pro ini mempunyai taburan warna yang jitu manakala gambar berkenaan tidak mempunyai sebarang gangguan (noise).

Gambar pada peranti jenama X pula memperlihatkan ‘noise’ manakala gambar adalah gelap dan kamera peranti itu tidak mampu untuk memproses imej dengan kadar pencahayaan paling minimum biarpun peranti berkenaan turut berada dalam kelas yang sama.

 

HASIL tetapan kamera 'Dual Matrix' P50 Pro menghasilkan gambar lebih tajam dengan taburan warna vibran.
HASIL tetapan kamera ‘Dual Matrix’ P50 Pro menghasilkan gambar lebih tajam dengan taburan warna vibran.

 

Sistem kamera ‘Dual Matrix’ berkenaan memberikan taburan warna sebenar dan taruhan Huawei terhadap teknologi berkenaan adalah sangat berbaloi selain daripada mampu untuk melakukan pembesaran imej melebihi 100 kali tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Slogan yang digunakan oleh Huawei iaitu ‘The Legend Reborn’ sangat bersesuaian kerana P50 Pro ini boleh dikatakan sebagai peranti ‘ultimate’ untuk siri P sebelum ini dengan penawaran teknologi kamera pada kelas tersendiri.

Kebanyakan peranti kelas mercu lain akan mengalami kehabisan bateri dengan kadar yang pantas tatkala menggunakan banyak kefungsian kamera namun ini tidak berlaku pada Huawei P50 Pro.

Selain itu, Huawei juga bijak melakukan padanan terhadap teknologi pengecasan pantas 66 Watt untuk peranti ini kerana pengguna hari ini sering bergerak daripada satu tempat ke satu tempat.

Tetapan teknologi pengecasan pantas ini hanya memerlukan 15 hingga 20 minit untuk bateri peranti berada pada tahap optimum berbanding jumlah 0 peratus.

 

PERANTI ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas dan hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk kadar bateri optimum.
PERANTI ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas dan hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk kadar bateri optimum.

 

Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk menguji sistem pengecas pantas ini dan peranti dibiarkan sehingga kehabisan bateri dan hanya 18 minit untuk peranti berada pada tahap 80 peratus bateri penuh.

Jadi, pengguna tidak lagi perlu melakukan pengecas di malam hari sebaliknya ketika sedang bersiap untuk keluar atau pergi bekerja, bateri peranti sudah penuh dengan masa kurang 30 minit.

Secara keseluruhannya, Huawei berjaya menampilkan satu peranti yang hampir sempurna untuk segenap aspek iaitu menerusi spesifikasi sehingga kepada reka bentuk fizikal.

Paling mencuri tumpuan adalah tetapan kamera dengan teknologi ‘Dual Matrix’ ini memberi kelebihan yang sangat jelas terhadap prestasi kamera, rakaman imej serta video yang terhasil.

Bagi peminat fotografi mudah alih, peranti Huawei P50 Pro adalah peranti wajib beli dengan tawaran kamera yang terbaik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat