Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun yang lalu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, KKM berkata petugas barisan hadapan dan pengurusan tertinggi tetap meneruskan kerja seperti biasa serta gigih berjuang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan klinik di seluruh negara.

Jelas KKM, mesyuarat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan turut diadakan secara maya bersama pengarah kesihatan negeri di seluruh negara.

“Fokusnya adalah melihat kepada strategi dalam menangani Covid-19 dan memperkukuhkan 213 Covid-19 CAC di seluruh negara.

“Doakan semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini.

“Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat virus Covid-19 ini. Semoga Tuhan terus melindungi negara tercinta kita ini,” katanya.

Dalam hantaran sama KKM berkata, rakyat Malaysia kini berdepan gelombang ketiga Covid-19 sejak penghujung September tahun lalu.

“Sehingga hari ini, seluruh warga KKM masih komited, kerja tanpa putus asa dalam menghadapi virus Covid-19 ini.

“Hari ini kes di Malaysia sudah mencapai 183,801 kes keseluruhan, sejumlah 678 individu meninggal dunia dan seramai 141,446 (77 peratus) kes sembuh direkodkan daripada virus ini,” katanya.

KKM turut mengimbas kembali setahun penularan wabak berkenaan di Malaysia dan pencapaian dalam menanganinya.

“Hari ini genap setahun warga barisan hadapan KKM berdepan kes Covid-19 di negara ini apabila kes pertama yang membabitkan tiga warga China dikesan masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

“Mereka yang terbabit dalam tiga kes pertama positif Covid-19 di Malaysia itu adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya yang berasal dari Wuhan, China.

“Mereka direkodkan sebagai dua kes pertama positif virus itu di Singapura dan kemudiannya dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Jelas KKM, selepas beberapa siri rawatan, pasukan C Hospital Sungai Buloh turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020.

Begitu juga beberapa anugerah lain yang diterima atas kesungguhan menguruskan Covid-19.

KKM memaklumkan kementerian itu berada di landasan tepat dalam melawan Covid-19 dan berjaya menangani gelombang pertama dan kedua virus ini tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat