Syarikat penerbangan Saudi ungguli carta ketepatan masa global – Cirium

- Advertisement -

SINGAPURA – Saudia Group mencatatkan sejarah tersendiri apabila dua syarikat penerbangannya tersenarai antara terbaik dalam kedudukan Prestasi Ketepatan Masa (OTP) syarikat penerbangan dunia menurut laporan oleh laman penjejakan penerbangan bebas, Cirium, bagi bulan November 2024.

Saudia, syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, telah muncul sebagai peneraju baharu dalam kalangan rakan industri global, menduduki tempat pertama dalam OTP dengan kadar ketibaan tepat pada masanya yang mengagumkan iaitu 89.85 peratus.

Pencapaian ini mengulangi prestasi pada bulan Jun dan Julai lalu bagi syarikat yang mengendalikan lebih 16,300 penerbangan sebulan sekaligus mencerminkan keberkesanan integrasi dan kecekapan operasi Saudia.

Sementara itu syarikat penerbangan tambang murah yang paling pesat berkembang di Arab Saudi dan Timur Tengah, flyadeal, turut mencatat prestasi OTP yang membanggakan apabila di tangga kedua dalam syarikat penerbangan tambang murah global bagi Oktober dan November setelah berada di tangga pertama pada September 2024.

Flyadeal mempunyai armada sebanyak 36 pesawat keluarga Airbus A320 yang beroperasi dari tiga pangkalan utama di Arab Saudi – Riyadh, Jeddah dan Dammam – ke hampir 30 destinasi sepanjang tahun dan bermusim merentasi seluruh Kerajaan dan bandar terpilih di Timur Tengah, Eropah dan Afrika Utara. Mulai awal 2025, pilihan penerbangan akan meningkat dengan ketara apabila syarikat penerbangan ini memulakan usaha pengembangan antarabangsa.

Ketua Pengarah Kumpulan Saudia, Ir. Ibrahim Al-Omar, berkata, “Hasil cemerlang ini menggariskan kepentingan strategik operasi yang selamat dan tepat pada masa, yang secara signifikan meningkatkan keyakinan pelanggan merentasi seluruh kumpulan kami.

Menurutnya lagi, “Komitmen Saudia dan flyadeal terhadap kecemerlangan operasi adalah bukti usaha kolektif kakitangan barisan hadapan kami yang berdedikasi dan sokongan yang tidak ternilai dari semua unit perniagaan Kumpulan Saudia.”

Selain itu Ibrahim turut menyatakan bahawa Program transformasi menyeluruh Saudia, “Shine” telah memainkan peranan penting dalam mencapai pencapaian ini.

“Melalui program ini, kami melancarkan inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman tetamu dan kecekapan operasi, serta mempertingkatkan pelbagai perkhidmatan dan produk.” tambah Ibrahim. SUARATV

ENGLISH VERSION
Saudia Group has announced exceptional On-Time Performance (OTP) rankings, for its subsidiaries, Saudia and flyadeal, achieving impressive global results, according to a report by the independent aviation tracking site, Cirium, for November 2024.

Saudia, the national flag carrier of Saudi Arabia, has emerged as the new leader among global industry peers, ranking first in On-Time Performance with an impressive on-time arrival rate of 89.85 percent. This achievement comes after operating more than 16,300 flights and marks the third time, following its first-place rankings in June and July of 2024. This accomplishment reiterates the integration and efficiency of Saudia’s operations.

flyadeal, one of the fastest-growing low-cost carriers in Saudi Arabia and the Middle East,
achieved a remarkable on-time performance (OTP) of 90.48 percent, securing the second
position in the global low-cost airline category for the second consecutive month. Notably,
flyadeal was ranked first in this category in September 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat