Menteri rancang, bercuti di luar negara di arah batalkan, tolong mangsa banjir -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertegas mengarahkan menteri-menteri Kabinet yang merancang percutian ke luar negara atau sedang bercuti untuk membatalkan hasrat dan pulang ke tanah air membantu mangsa banjir.

“Saya arah mana-mana menteri yang berhasrat untuk bercuti ke luar negara batalkan.

“…yang mana ada di luar negara ketika ini saya arahkan pulang membantu mangsa banjir,” tegas Perdana Menteri ketika berucap semasa melawat mangsa banjir di Pahang pada Jumaat.

Bukan itu saja, Ismail Sabri juga mengumumkan berita baik, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan terus sebanyak RM50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.

Malah katanya, Kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan pengurusan kematian RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggak dunia akibat banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat