KUALA LUMPUR- Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay disebut-sebut bakal kembali ke Bukit Aman.

Beliau dikatakan bakal menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu.

Menurut laporan media jawatan yang dipegang Ayob Khan bakal diganti oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Kata sumber, jawatan Kamarul Zaman pula akan diganti oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pemantuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, Wan Hassan Wan Ahmad.

“Pertukaran melibatkan jawatan-jawatan ini telah dikeluarkan menerusi sistem e-Siar Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini,” katanya.

Pertukaran jawatan-jawatan ini dikatakan akan berkutkuasa bermula 25 Januari ini.

Pertukaran berkenaan terkandung dalam surat bertarikh hari ini, dengan tandatangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dan diedarkan kepada semua Ketua Polis negeri, termasuk semua Pengarah pasukan keselamatan itu.