Petugas Kesihatan New York Alami Alahan Teruk Selepas Disuntik Vaksin Pfizer

- Advertisement -

MOSCOW: Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut majalah Newsweek, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.

Menurut majalah itu petugas terbabit telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.

“Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer,” kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada semalam. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat