Percaya Atau Tidak, Ini 5 Filem Malaysia Yang Berkualiti Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa

- Advertisement -

Jika ingin dibandingkan industri perfileman tempatan dan industri perfileman di luar negara, ianya tidaklah sebesar mana. Namun sejak kebelakangan ini, filem tempatan dilihat semakin meningkat dengan penghasilkan beberapa filem yang mempunyai jalan cerita yang lain daripada yang lain.

Filem tempatan sering ‘dipandang rendah’ oleh umum, demikian kerana perwatakan yang tidak menarik serta jalan cerita yang agak biasa, namun adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa filem tempatan yang berjaya ke persada antarabangsa? Malah ada di antara filem tersebut telah mendapat pengiktirafan ke atas keunikan karya tesebut.

Oleh itu, berikut kami senaraikan beberapa filem tempatan yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Ayuh kita mulakan!

1. Pekak (2016)

Mesti ramai yang tidak tahu akan kewujudan filem ini kan? Filem ‘Pekak’ ini telah dilakonkan oleh pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Iedil Putra dan Sharifah Sakinah. Filem ini telah dikeluarkan pada tahun 2016 namun ia kurang mendapat sambutan.

Walaupun begitu, filem ini telah berjaya mendapat anugerah di persada antarabangsa. Antara yang dimenangi adalah anugerah Pelakon Terbaik yang dimenangi oleh Zahiril Adzim dan Khairul Azri Md Noor yang menerima anugerah Skrip Terbaik di Russia’s International Motivational Film Festival – Bridge Of Arts 2016 (IMFF 2016).

Filem yang berjudul ‘Pekak’ ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Uda yang mempunyai masalah pendengaran. Disebabkan beliau ingin mendapatkan kembali pendengarannya, beliau telah melakukan aktiviti-aktivit haram seperti menjual dadah. Beliau kemudiannya telah bertemu dengan seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama Dara. Jika anda ingin tahu apa jadi seterusnya, anda boleh tontonnya di Netflix!

2. Redha (2016)

Filem seterusnya yang berjaya ke peringkat antarabangsa ialah filem yang berjudul ‘Redha’. Bagi sesiapa yang tidak tahu, sebelum ia ditayangkan di Malaysia, filem ‘Redha’ ini telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa terlebih dahulu dan telah menerima anugerah Audience Choice di Luang Prabang Film Festival 2017, Laos.

Filem ini berdasarkan kisah benar yang menceritakan tentang isu autisme di kalangan masyarakat yang terjadi di negara kita. Filem ini dilakonkan oleh Namron, Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Susan Lankester.

3. Crossroad: One Two Jaga (2018)

Seterusnya, filem ini merupakan antara filem yang pernah mencetuskan kontroversi ketika filem tersebut ditayangkan. Filem yang berjudul ‘Crossroad: One Two Jaga’ ini menceritakan tentang sisi gelap anggota polis di Malaysia di mana ia menunjukkan bagaimana isu rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak polis di dunia nyata.

Walaupun filem tersebut tidak mendapat sambutan ramai namun ia berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik semasa Festival Filem Malaysia ke-30. Bukan setakat itu sahaja, filem ‘Crossroad: One Two Jaga’ ini juga ditayangkan di beberapa Festival Filem peringkat antarabangsa sebelum ia ditayangkan di Malaysia.

Menakjubkan bukan? Jadi jika anda ingin tonton filem tersebut, anda boleh tontonnya di Netflix!

4. The Journey (2014)

Filem seterusnya ini menceritakan tentang hubungan kekeluargaan namun terdapat beberapa konflik yang timbul apabila anak perempuannya membawa pulang bakal suaminya yang berstatus orang Inggeris.

Filem yang berjudul ‘The Journey’ ini mula ditayangkan pada tahun 2014 namun mendapat sambutan yang kurang memberansangkan daripada penonton. Walaupun begitu, filem tersebut telah memenangi 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-27.

5. Jagat (2015)

Filem seterusnya ini berjudul ‘Jagat’, ia menceritakan mengenai seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang bernama Appoy. Beliau telah mengharungi pelbagai rintangan hidup termasuklah bapanya yang merupakan soorang kaki pukul dan pakciknya yang merupakan seorang bekas penagih dadah dan merupakan ahli kumpulan gangster. Konflik bagi filem ini timbul apabila Appoy ingin mengikuti jejak pakciknya.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, filem ini telah berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik Malaysia serta anugerah Pengarah Terbaik semasa Festival Filem Malaysia ke-28. Jika anda berminat untuk tonton filem ‘Jagat”‘ ini, anda boleh tontonnya di Netflix.

Mesti ramai yang terkejut kan? Filem-filem ini bukan sahaja berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa malah ia turut berjaya memenangi pelbagai anugerah atas keunikan karya tersebut. Jadi selepas ini jika tidak tahu untuk tonton filem apa, mungkin anda boleh tonton filem yang kami cadangkan ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat