Gaming X Trio RTX 3060Ti terbaik dalam kelasnya

- Advertisement -

Jenama elektronik perkomputeran, MSI sekali lagi membuktikan keupayaan perkakasan keluarannya apabila menjadi ‘raja’ bagi segmen kad grafik Nvidia GeForce RTX 3060Ti.

Menerusi segmen produk Gaming X Trio, ujian penanda aras yang dilaksanakan bersama-sama variasi daripada jenama lain membuktikan bahawa kad grafik MSI Gaming X Trio RTX 3060Ti menjadi meneraju dalam ujian penanda aras.

Secara asasnya, kad grafik variasi berkenaan menggunakan dua punca kuasa lapan pin dengan tetapan tiga kipas selain plat pelindung belakang untuk ciri kosmetik serta membantu penyejukan untuk kapasiti penuh (full load).

Berdasarkan ujian penanda aras berkenaan, MSI Gaming X Trio RTX 3060Ti untuk permainan Shadow of The Tomb Raider menggunakan resolusi 1080p mencatatkan bacaan bingkai sesaat (FPS) 146 menewaskan dua lagi jenama premium lain.

Untuk judul permainan sama bagi resolusi 1440p turut mencatatkan keputusan mengagumkan apabila FPS direkod pada tahap 111 dengan tetapan kesan grafik tinggi bersama fungsi DX12.

Resolusi 4K pula merekodkan bacaan FPS sebanyak 65 masih menerajui ujian penanda aras jika dibandingkan dengan jenama premium lain.

Keputusan penunjuk suhu juga memperlihatkan sistem tiga kipas dengan teknologi Torx Fan 4.0 bersama Tri Frozr 2 merekodkan bacaan suhu tanpa kapasiti pada 27 hingga 32 darjah bagi suhu bilik manakala untuk kapasiti penuh merekodkan 60 darjah saja.

Ia adalah suhu paling rendah direkodkan jika dibandingkan dengan kad variasi sama jenama lain.

Kesan bunyi kipas juga tidak begitu kedengaran walaupun ketika resolusi diletak pada tahap tertinggi dan ia adalah kad grafik yang baik untuk resolusi 1080p serta 1440p.

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat