Bagi GRS mandat solid supaya tak perlu kongsi kuasa, rencat pembangunan Sabah – Yun Fah

TAWAU – Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah mempertikai mentaliti negatif yang dimainkan hanya kerana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kononnya bersama parti Malaya.

Yun Fah menegaskan, mana-mana parti yang wujud di Sabah sama ada parti lokal mahupun parti nasional semua ahli dan pimpinannya terdiri daripada rakyat Sabah semuanya.

“Saya ambil kesempatan ini merayu kepada semua rakyat janganlah kata GRS ni bersama dengan PH bahawa kita bersama dengan parti Malaya. Bagi saya sebenarnya ini satu cerita memang tidak wujud dalam pemikiran saya.

“Kerana saya lihat siapa dalam PH Sabah? Semua pun orang Sabah. Semua parti di Sabah ini semua pun orang Sabah.

“Jadi di mana sebenarnya parti Sabah, siapa parti Malaya saya pun tidak tahu, saya pun keliru tentang Sabah for Sabahan,” katanya dalam audio siar Jam Kesebelas.

Yuh Fah mengakui Sabah for Sabahan ini memang impian orang Sabah, tema ini perlu.

“Tapi bukan semestinya kita benci kepada orang Kuala Lumpur, takkanlah kita nak keluarkan orang Kuala Lumpur semua.

“Sebab orang Kuala Lumpur ada baik ada buruk juga begitulah juga orang Sabah ada juga, ada yang rasuah ada juga yang tidak rasuah bukan semuanya rasuah. Maka itu bagi saya, setiap rakyat Sabah memang ada impian dan niat mahu Sabah menjadi Sabahan memang!

“Tetapi bagi saya sebelum kita capai itu kita baikkan segalanya dulu hidupkan dulu kehidupan rakyat bagi selesa dulu semua seperti apa yang ada di Kuala Lumpur, kenapa Kuala Lumpur boleh kenapa Sabah tidak boleh? Tapi kalau kita satu hati walau kita di parti mana, Sabah tetap dapat pembangunan yang sama,” ujar bekas Adun Merotai itu.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah itu menyentuh berkenaan pemberian khas 40 peratus hasil Sabah itu memberitahu rundingan masih berjalan.

“Sebab pada hari ini khususnya kita nampak 40 peratus kerajaan sudah janji mahu bincang, ini bagi kami seorang pemimpin biasa saja kami tidak boleh jelaskan semua apa yang sudah dibincangkan… kita serah semua kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan.

“Kita minta rakyat perkara ini bukan hal yang boleh menghalang kita dan Semenanjung… manakala yang tentang Sabah for Sabahan setiap rakyat Sabah memang ada impian itu tak boleh dipertikai.

“Sebenarnya semua parti di Sabah kebanyakan sudah bekerjasama dengan parti di Semenanjung, jadi kenapa pada hari ini GRS saja dipersoalkan kerja dengan parti Malaya?

“Warisan pun dalam Kerajaan Madani makanya bagi saya tak mahu fitnah sesiapa tapi ini kenyataan bahawa rakyat lebih jelas lagi.

“Rakyat Sabah faham apa mereka mahu pilih tapi mereka nilai siapa calon, rakyat kebanyakan pilih calon yang berkaliber boleh jadi pemimpin rakyat tidak ragu-ragu untuk beri sokongan,” jelas beliau.

Justeru Yun Fah menitipkan pesan kepada pengundi di Sabah untuk membuat penilaian yang tepat pada 29 Nov ini.

“Pesanan saya kepada rakyat di Sabah nilailah betul-betul masa depan, khasnya kepada belia majoriti besar yang boleh mainkan peranan tentukan masa depan Sabah ini.

“Saya minta mereka jangan ikut perasaan pilihlah kerajaan yang betul-betul dan kerajaan GRS walaupun bukan kerajaan terbaik tetapi bagilah satu peluang, mandat kepada GRS lagi.

“Supaya Sabah dapat capaikan impian sama macam negeri lain yang ada sekolah percuma, rumah percuma, bantuan kepada rakyat dapat diwujudkan juga oleh GRS.

“Penting kalau silap pangkah kali ini maka mandat kerajaan kongsi ini akan jejaskan, pembangunan akan tergendala.

“Jika diibanding kerajaan dulu…kerajaan ini sudah cukup baik, banyak faedah sudah diterima.

“Kepada belia-belia jangan kita dengar fitnah, lihat di kaca tv lihatlah setiap kampung lihat pembangunan apa yang telah diutarakan oleh kerajaan. Pantau sendiri sumbangan kerajaan kepada rakyat bagi peluang kepada GRS kerana GRS ada hubungan baik dengan kerajaan Pusat,” rayu Yun Fah lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat