Zahid kongsi pencapaian setahun Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan bagi memacu pembangunan negara berteraskan agenda Malaysia Madani.

Menurutnya, sempena setahun pentadbiran, Kerajaan Perpaduan akan menambahbaik dan memperbaiki dasar atau polisi bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sebenar.

“Syukur Alhamdulilah. Hari ini, genaplah usia setahun Kerajaan Perpaduan memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat berteraskan Agenda Malaysia MADANI.

“Saya kongsikan sebahagian daripada perkara yang telah dilaksanakan dan banyak lagi yang berada di dalam perancangan untuk kehidupan rakyat yang lebih sempurna.

“Antaranya, kerajaan menjayakan penganjuran World Halal Business Conference (WHBC) kali ke-15 di London, UK bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berkongsi mengenai kejayaan kerajaan merealisasikan proses permohonan sijil halal JAKIM dalam tempoh 23 hari bekerja berbanding tempoh permohonan sijil yang boleh mencecah 2 tahun sebelum ini.

“Terima kasih kepada semua yang telah bersama saya sepanjang setahun ini dan marilah kita terus bekerja kuat dalam memastikan segala yang dirancang dapat menjadi kenyataan seterusnya memberi kelebihan buat anda semua. InsyaAllah,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat