Malaysia potensi jadi peneraju industri nyah karbon – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi kini bertanggungjawab untuk membangunkan industri menyahkan karbon secara keseluruhan, bermula dengan penggubalan satu rang undang-undang khusus mengenai (carbon capture and storage atau CCS).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, usaha menyahkan karbon mewujudkan satu peluang baru kepada negara iaitu melalui pemerangkapan dan penyimpanan karbon (carbon capture and storage, atau CCS).

“Karbon ini perlu diperangkap dalam bentuk yang boleh dipindahkan kemudian diperangkap di dalam telaga-telaga minyak yang tidak lagi digunakan.

“Selalunya, kerajaan mengambil masa 2-4 tahun sebelum ini untuk menggubal dan meluluskan satu rang undang-undang.
Mengambil kira keperluan mendesak untuk mempercepatkan pembangunan industri CCS.

“Saya telah memaklumkan kepada pasukan saya di Kementerian Ekonomi bahawa rang undang-undang ini mesti digubal dan diluluskan dalam tempoh 12-15 bulan sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Rafzi, Malaysia ialah sebuah negara yang dirahmati bukan sahaja kita ada kekayaan minyak dan gas selama ini, apabila minyak dan gas telah diterokai, telaga-telaga minyak yang telah kosong itu pun ada potensi pendapatan besar untuk negara.

Jelas beliau, dalam usaha dunia untuk menangani peningkatan suhu Bumi, satu komitmen yang telah dipersetujui bersama ialah mengurangkan kandungan karbon dalam atmosfera dunia.

“Ini dapat dicapai melalui dua cara: mengurangkan pengeluaran karbon (melalui aktiviti ekonomi yang lebih hijau) dan menyahkan karbon dari atmosfera.

“Negara-negara yang tidak ada telaga minyak yang ditinggalkan perlu mengeksport karbon mereka kepada negara seperti Malaysia untuk disimpan dan membayar caj simpanan kepada Malaysia.

“Industri ini adalah industri bernilai tinggi dan kini banyak tertumpu di negara Eropah, Amerika Syarikat dan sebahagiannya di China sahaja,” katanya.

Oleh itu, ujar Rafizi Malaysia berpotensi menjadi peneraju di rantau ini.

“Usaha sebelum ini agak perlahan kerana ketiadaan satu rang undang-undang khusus untuk mengawal selia industri ini. Bila tiada rang undang-undang, pembangunan peraturan industri dan piawai akan terbantut.

“Untuk itu, Persidangan Industri CCS yang pertama di Malaysia telah dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi denhan disertai pakar dari sektor awam dan swasta dari seluruh dunia semalam.

“Industri CCS adalah salah satu industri baru yang diwujudkan dibawah NETR untuk memacu ekonomi negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat