Surat parti komponen BN desak Zahid berundur, tulen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mengesahkan kesahihan surat usul tidak percaya untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dikemukakan tiga parti komponen parti itu, hari ini.

Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Surat ditandatangani tiga pemimpin meminta Zahid yang juga Presiden Umno itu berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, Saravanan dan Sin Woon
enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat berkenaan.

Berdasarkan surat yang tular itu, tindakan tiga parti komponen itu dibuat selepas Zahid didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pada jam 10 pagi semalam.

Menerusi mesyuarat berkenaan, BN berpendirian untuk berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan termasuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Perkara ini sudah diusulkan Presiden MIC dalam mesyuarat semalam tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila Pengerusi membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai.

“Kami akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi BN untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya Pengerusi enggan berundur secara terhormat pada hari ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat