Nad Zainal dipantau empat doktor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masih dipantau di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, Nad Zainal, 32, dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.

Berkongsi perkembangan terkini sahabatnya itu, pelakon, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berkata, doktor belum dapat mengenal pasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad.

Berikutan itu, Nad dipantau empat doktor dan diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan.

“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.

“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik.

“Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” katanya.

Ungku Aziz berkata, doktor juga tidak pasti sama ada jangkitan berpunca daripada kencing tikus atau bakteria lain berikutan Nad tidak mempunyai gejala yang boleh dikaitkan.

Sementara itu, pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang turut berada di hospital, meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat Nad.

“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah akan kembalikan dia kepada kita semula.

“Sebagai rakan, saya terharu apabila ramai dalam kalangan penggiat seni yang datang termasuk ahli keluarga Nad untuk memberi semangat kepadanya,” katanya.

Penggiat seni yang turut melawat hospital adalah Sharifah Amani, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz, Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

Selain itu, bekas suami Nad, Faliq Amiruddin hadir bersama dua anak mereka, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Nad dilaporkan kritikal di ICU sebuah pusat perubatan di Ampang, dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat