Pengembara Dari Sabah Tidak Lagi Perlu Kuarantin 14 Hari

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengembara dari Sabah perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (swab test) tiga hari sebelum berlepas dari negeri itu, berkuatkuasa mulai esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN) semalam, berikutan trend penurunan jangkitan baharu Covid-19 di Sabah.

Menurutnya lagi, sekiranya ujian swab didapati positif Covid-19, mereka yang terlibat tidak akan dibenarkan keluar dari Sabah.

“Bagi yang positif, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk menjalani pemeriksaan.

“Pengembara yang dibenar meneruskan perjalanan keluar dari Sabah akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan Covid-19 serta diwajibkan penggunaan MySejahtera selepas di pintu masuk negara di semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Sekiranya mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, pengembara berkenaan tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat