Jasad Mendiang Koperal Baharuddin Dihantar Pulang Ke Negeri Sembilan

- Advertisement -

ALOR SETAR – Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban dalam kejadian tembakan awal hari ini, dihantar pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan untuk disemadikan.

Terdahulu, bedah siasat dijalankan ke atas jasad itu di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah di sini yang selesai kira-kira 6.20 petang tadi.

Difahamkan proses bedah siasat yang dijalankan pakar hospital itu bermula pada kira-kira 2.10 petang.

Selesai bedah siasat, jasad mendiang kemudiannya diberi penghormatan terakhir dalam istiadat ringkas oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan selain pendakwah terkenal Ebit Liew.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi tadi, Baharuddin terkorban terkena tembakan, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah dalam insiden yang berlaku di Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar, Perlis. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat