Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Untuk Tingkatkan Pelancongan Domestik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menawarkan pelanggan tiket penerbangan bersubsidi untuk destinasi domestik untuk menyokong inisiatif kerajaan iaitu “gelembung perjalanan hijau”.

Gelembung perjalanan hijau ialah perjalanan rentas daerah dan negeri membabitkan negeri-negeri zon hijau.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines Lau Yin May berkata syarikat penerbangan itu tetap optimis perjalanan dan pelancongan domestik akan pulih dengan pantas dengan semua pihak bersama-sama memainkan peranan mereka dalam memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan yang berkaitan pencegahan penularan COVID-19 dipatuhi ketika melakukan perjalanan.

“Melalui kempen ‘Fly Confidently’, kami telah berusaha untuk meningkatkan langkah keselamatan dan kesihatan di semua lokasi dibawah pengendalian MAB untuk memastikan penumpang kami menikmati perjalanan yang lebih selamat serta selesa bersama kami.

“Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Lau berkata di bawah program itu, pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.

Pelanggan perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk meneruskan tempahan itu, penumpang juga berhak mendapat bonus 500 ‘Enrich Miles’ yang akan dikreditkan selepas selesai melakukan perjalanan udara, katanya.

Inisiatif ini berkuat kuasa sehingga 8 Disember untuk perjalanan mulai hari ini dan 30 Jun, 2021 untuk semua tempahan yang dibuat di http://malaysiaairlines.com/cuticutimalaysia.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat