Kementerian Kewangan Kaji Tingkat Pendapatan Negara, Mungkin Perkenal Semula GST

Polis keluarkan kompaun kepada penganjur pemberian ayam beku percuma di Putrajaya

PUTRAJAYA: Pihak polis telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa. Ketua...

Jalan Bukit Fraser-Raub ditutup atas faktor keselamatan

KUANTAN: Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor...

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research.

Dalam nota yang dikeluarkan semalam susulan dialog dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lalu, Maybank IB Research memetik Tengku Zafrul sebagai berkata, bahawa langkah-langkah lain termasuklah menganalisis kelemahan dalam rejim cukai dan impak percukaian baharu terhadap ekonomi, mengkaji pilihan untuk cukai baharu seperti cukai karbon dan cukai digital, merasionalisasikan insentif cukai, menambah baik pentadbiran cukai serta meningkatkan audit cukai, seperti melaksanakan nombor pengenalan cukai dan meningkatkan analisis data.

“Masa juga penting – terutamanya mengenai sebarang cukai baharu – supaya tidak mengganggu proses pemulihan ekonomi.

“2021 adalah tahun peralihan daripada krisis untuk pulih,” ia memetik Tengku Zafrul sebagai berkata demikian.

Dalam jangka sederhana, Tengku Zafrul berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023.

“Strategi utamanya ialah meningkatkan pendapatan berdasarkan skop yang terhad untuk mengurangkan perbelanjaan, seperti 95 peratus daripada perbelanjaan operasi merupakan kewajipan, seperti emolumen, caj perkhidmatan hutang dan caj persaraan,” katanya.

Mengenai sektor sarung tangan, Tengku Zafrul berkata, cukai pendapatan syarikat pengeluar sarung tangan diunjurkan sebanyak RM2.8 bilion pada 2020 dan RM4.7 bilion pada 2021.

“Kerajaan memutuskan bahawa tiada cukai keuntungan luar biasa akan dikenakan kepada pengeluar sarung tangan untuk mengelak potensi ‘kos/kerugian peluang’ seperti syarikat pembuatan sarung tangan melabur di luar negara berbanding di Malaysia dan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur sedia ada serta berpotensi dalam industri lain,” katanya.

Mengenai sumbangan RM400 juta daripada pengeluar sarung tangan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata, sumbangan itu adalah sukarela dan selain daripada cukai pendapatan korporat pengeluar sarung tangan sebanyak RM2.8 bilion pada 2020 dan RM4.7 bilion pada 2021.

Mengenai vaksin koronavirus (Covid-19), katanya Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM3 bilion untuk membiayai perolehan vaksin melalui penyertaan Malaysia dalam program COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan rundingan dengan syarikat farmaseutikal yang melakukan ujian klinikal vaksin Tahap 3, dengan matlamat untuk mendapatkan vaksin pada suku pertama 2021. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

PKP: Penjaja Minta Kerajaan Pertimbang Kebenaran Operasi Pasar Malam

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) meminta agar kerajaan mempertimbang untuk membenarkan operasi pasar malam di enam negeri yang...

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

PKP Di Kelantan dan Tiga Daerah Di Sarawak Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR - Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Jan, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu,...