Da’i Syed Lapor Polis, Nafi Tuduhan Rogol Gadis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwah muda, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Dalam satu kenyataan, Da’i Dyed berkata, laporan polis itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.

“Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang tadi, susulan pemilik akaun itu mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol saya.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah,” kata pemuda berusia 25 tahun itu.

Dakwaan yang tular di laman sosial itu juga mencetuskan beberapa spekulasi apabila terdapat juga beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu sering menghantar pesanan lucah.

Memandang serius perkara itu, Da’i Syed juga berharapkan agar kes fitnah tersebut dapat diselesaikan segera kerana isu tersebut membabitkan nama baiknya.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat