Generasi Ryzen 5000 mantap

- Advertisement -

MUNGKIN ramai pada hari ini yang sudah mula mengadaptasi kerja dari rumah atau ‘WFH’ bagi mendepani normal baharu yang bukan saja dirasai oleh penduduk di negara ini malah seluruh dunia mula mengguna pakai persekitaran kerja di rumah.

Normal baharu itu juga tidak terkecuali untuk semua industri malah penyedia kandungan kreatif juga perlu melaksanakan tugasan harian mereka menggunakan sistem desktop yang dimiliki.

Tugasan kandungan kreatif seperti sintesis video atau animasi pastinya memerlukan ‘mesin’ yang berkuasa untuk mengelakkan daripada kelengahan masa atau kerosakan ketika proses sintesis akhir dilaksanakan.

Untuk itu, pasti ada dalam kalangan pengguna yang mula memikirkan untuk menaik taraf desktop mereka namun tidak pasti generasi pemproses mana atau pengeluar mana yang mampu memenuhi keperluan harian, tugasan serta hobi dalam permainan video.

Segmen pemproses konvensional iaitu untuk laptop atau desktop, hanya ada dua pengeluar utama iaitu Advanced Micro Devices (AMD) dan Intel yang mendominasi pasaran untuk segmen berkenaan.

Namun, produk terbaharu AMD menerusi generasi Ryzen 5000 sudah membuktikan keupayaannya menerusi beberapa ujian penanda aras dan pengguna mungkin boleh mengambil beberapa keputusan ujian ini untuk pertimbangan.

Sebagai penyedia kandungan, pastinya kelengahan masa adalah musuh utama kerana ia akan melambatkan tugasan seterusnya malah mengganggu aturan tugasan harian.

Menerusi ujian perisian penanda aras, Cinebench R20 memperlihatkan bahawa lima pemproses teratas didominasi oleh Siri Ryzen.

 

ADAPTASI tugasan kerja dari rumah menjadi normal baharu termasuk penyedia kandungan kreatif.
ADAPTASI tugasan kerja dari rumah menjadi normal baharu termasuk penyedia kandungan kreatif.

 

 

PEMPROSES konvensional hanya mempunyai dua pilihan iaitu daripada Intel ataupun AMD untuk menaik taraf mesin pengguna sedia ada,
PEMPROSES konvensional hanya mempunyai dua pilihan iaitu daripada Intel ataupun AMD untuk menaik taraf mesin pengguna sedia ada,

 

Untuk pemproses Ryzen 7 5800X menduduki tangga keenam di belakang Intel Core i9-10900K dan Ryzen 9 5950X mencatatkan rekod mata tertinggi bagi pemarkahan pelbagai teras.

Jika dibandingkan dengan pemproses Intel Core generasi 10700K, CPU AMD mempunyai kuasa 20 peratus lebih laju bagi lapan teras bersama 16 ‘Threads’.

Paling menarik, Ryzen 5800X hanya mencatatkan tujuh peratus lebih perlahan daripada pemproses Intel generasi 10900K yang dilengkapi dengan jumlah teras lebih 25 peratus daripada siri AMD berkenaan.

Penanda aras bagi ujian nyah mudah fail, AMD Ryzen menduduki tangga kelima manakala pemproses yang sepatutnya menawarkan kuasa prestasi lebih baik daripada Intel hanya tangga keenem menerusi Intel Core i9-10900K.

Bacaan itu juga menunjukkan Ryzen 5800X mempunyai kuasa nyah mudah fail 24 peratus lebih laju daripada siri 3700X dan 22 peratus lebih baik daripada Intel generasi 10700K.

Ujian terhadap perisian sintesis video, Adobe Premiere Pro 2020 juga turut didominasi oleh Ryzen dan untuk Ryzen 5800X mencatatkan jumlah pemarkahan di tangga keenam dengan 872 mata manakala peneraju ujian itu masih Ryzen 9 5950X.

Selain daripada pemproses, unit pemproses grafik (GPU) juga penting untuk melaksanakan tugasan sintesis tambahan pula membabitkan kesan grafik yang tinggi.

Pemilihan CPU AMD juga boleh dikatakan sebagai pilihan baik memandangkan pengguna tidak perlu menukar papan induk dengan rekaan cip berbeza asalkan mempunyai sokongan set AM4 sudah mencukupi.

Malah, siri Ryzen 5000 ini menyokong kebanyakan siri papan induk bermula daripada kelas permulaan iaitu B450 sehingga kepada X570 bagi kelas papan induk prestasi tinggi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat