Tiga penyanyi latar Muzik Muzik 35 negatif Covid-19

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tiga penyanyi latar Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) iaitu Widy Hamzah, Jad Lobo dan isterinya Baby Akmal bersyukur apabila keputusan ujian saringan Covid-19 mereka disahkan negatif.

Widy ketika dihubungi berkata, mereka bertiga hadir melakukan ujian saringan di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam kelmarin.

“Alhamdulillah kami amat bersyukur dan gembira kerana keputusannya negatif. Terima kasih semua atas doa dan kata-kata semangat. Insya-Allah, pada 1 Disember ini kami melakukan ujian saringan kali kedua. Kami lakukannya atas rasa tanggungjawab sendiri demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan semua orang di sekeliling kami,” katanya kepada Harian Metro.

Widy yang juga penyanyi kumpulan Gerhana Skacinta berterima kasih kepada semua petugas MSU Medical Centre yang melayan ‘rombongan’ dari pasukan Muzik Muzik pada malam itu dengan baik.

“Saya juga mendoakan Alif Satar dan keluarganya diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan dalam berdepan ujian ini. Tak ketinggalan syabas juga buat Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35, Nurul Huda Khalid dan kakitangannya yang tenang mengendalikan perkara ini dengan baik dan lancar,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat