Nak hidang sangat arak tak payah minta bantuan kerajaan, ambil alih 1,300 SJKC seluruh negara – Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menganggap kedegilan pemimpin DAP yang mahu terus menghidangkan arak di dewan sekolah Cina sebagai tindakan melampau dan kurang ajar.

Dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat beliau mengingatkan sekiranya pemimpin DAP masih berkeras tidak mahu tunduk kepada larangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menghidangkan alkohol di premis sekolah meski selepas waktu pembelajaran agar tidak lagi memohon bantuan kerajaan.

“Pemimpin ultra kiasu DAP ini sudah melampau! Kurang ajar! Kena ajar mereka ini supaya jadi manusia. Kalau nak sangat hidang arak di SJKC, sekolah kepunyaan kerajaan (walaupun ada tidak sepenuhnya), maka eloklah ultra kiasu DAP pakat-pakat dengan persatuan Cina seperti Hua Zong, Jiao Zong dan Dong Zong ambil alih semua 1300 SJKC seluruh negara.

“Tak payahlah minta bantuan kerajaan. Tak payahlah setiap tahun, ugut dan desak kerajaan beri bantuan tambahan kepada pendidikan Cina.

“Lagipun sekolah ini juga antara yang menjadi penghalang perpaduan, yang mana sebahagian besar murid-murid tidak boleh langsung berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu.

“Kalau tak percaya, buatlah kajian, pergilah masuk ke SJKC dan cuba berkomunikasi dengan murid-murid mereka. Semua menggeleng-geleng kepala, tatak paham oooo… Bayangkan silibus BM yang begitu mudah pun, berbanding dengan sekolah kebangsaan, pun gagal. Nak bina negara macam mana? soal beliau.

Ridhuan yang juga Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN) berkata, kalaulah beliau Menteri Pendidikan, menggantikan yang sekarang ini, sudah lama, beliau beri kata dua kepada ultra kiasu ini, tak mahu dengar kata, tak mahu arahan kerajaan, tutup.

” Kerajaan ada hak apa, ini sekolah bantuan hampir sepenuhnya dari kerajaan. Nak takut apa!

“Kalau berdegil juga, kerajaan ambil alih sepenuhnya semua SJKC, jadikan aliran kebangsaan. Barulah mudah untuk mencapai perpaduan nasional.

“Untuk makluman semua, kedegilan pemimpin ultra kiasu ini, bukan perkara baharu, tetapi sejak daripada dahulu lagi. Sejak wujudnya pendidikan Cina, mereka tidak pernah mahu patuh kepada arahan kerajaan, terutama berkaitan dengan kurikulum, silibus, Bahasa Melayu, sejarah dan Bahasa Inggeris. Itupun nak yang mudah-mudah sahaja. Tak boleh ajar yang susah-susah atau ambil masa lebih, kerana ia akan menghalang masa dan keberkesaan kepada pendidikan Cina.

“Dalam kata lain, ultra kiasu ini, hanya penting pendidikan Cina sahaja. Pembinaan negara bangsa bagaimana? Saya tidak kata semua, tetapi begitulah realitinya.

“Hatta, perkara yang bertentangannya dengan ajaran hidup dan agama mereka sendiri, seperti hidangan arak ini pun mereka bermatian memperjuangkannya.

“Masalahnya, bila dah mabuk, mampuslah sendiri. Ini tidak, dia tidak mampus, orang lain yang dilanggarnya, meninggal. Selalu yang jadi mangsa adalah orang yang tidak mabuk seperti dia. Adilkah semua ini? Takkan kerajaan tak nampak dan tak faham isu sebegini? Sampai bila kita asyik mahu bertolak ansur?

“Penunggang arak ini, kalau kita tidak ajar mereka erti ketegasan, tak jadi, sebab mereka ini jenis tak faham bahasa. Masuk sahaja ke dalam. Itu sahaja cara nak ajar ultra kiasu ini,” bidas Ridhuan.

Kata beliau, ini baru sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara tegas sedikit, bukan banyak pun, sudah berani ugut balik, kata jangan jolok sarang terbuan. Kepala bapak kau! Inilah kenyataan pemimpin ultra kiasu DAP.

“Saya yakin lepas ini, akan diikuti oleh MCA, Gerakan dan persatuan Cina yang lain. Pemimpin parti ultra kiasu DAP kata, kenyataan PM mengenai larangan menghidangkan arak menggunakan dewan sekolah Cina ibarat menjolok sarang tebuan.

“Sebelum itu, saya ucapkan tahniahlah di atas ketegasan PM mengenai isu arak dalam majlis kerajaan dan SJKC ini. Alangkah baik, dalam perkara lain juga PMX turut bertegas.

“Saya nak jawab mudah sahaja, kepala bapak kau menjolok sarang tebuan. Jika kamu ada telur keluarkan daripada pakatan kerajaan hari ini. Jangan cakap banyak.

“Kalau nak sangat hidang arak di SJKC, mudah sahaja jawapannya, kamu ambil semua sejumlah lebih 1300 SJKC, biayai sendiri. Suruh tokeh-tokeh dan kilang arak biayai sepenuhnya sekolah Cina. Tidak perlu minta bantuan kerajaan.

“Berbilion wang rakyat habis digunakan bagi membantu dan menyarai SJKC, termasuk gaji dan prasarana SJKC. Mungkin kamu berpandangan, ada sebahagian SJKC yang tanah dan bangunannya dibiayai oleh tokeh dan persatuan Cina. Jika begitu keadaannya, kamu ambil kesemua SJKC tersebut, biayai sendiri.

“Kenapa setiap kali kamu bising suruh tambah peruntukan. Sekolah tak berkenaan langsung pun kamu suruh bantu. Malang sekali, kerajaan tunduk.
Contoih, tidak cukup dengan itu, kamu ugut dan mahu juga kerajaan bantu sekolah persendirian Cina, kolej Universiti Cina, seperti New Era, Han Chiang, dan lain lagi, yang jelas-jelas terkeluar daripada sistem, biayailah sendiri.

“Kamu boleh hidang arak di di dewan-dewan sekolah persendirian dan kolej persendirian jika sepenuhnya sekolah kamu. Masalahnya, kamu minta bantuan kerajaan. Kamu tidak mahu ikut arahan kerajaan. Itupun, kerajaan tidak ganggu kamu hidang arak, sebab kamu bukan SJKC atau SMJKC? katanya.

Ridhuan mengingatkan, kerajaan hanya minta di SJKC dan SMJKC. Itu sahaja. Banyak dewan-dewan lain lagi. Ribuan dewan-dewan persatuan dan perniagaan Cina, gunakanlah, kenapa target dewan sekolah kerajaan SJKC, SMJKC?

“Kenapa dewan sekolah kerajaan yang kamu sasarkan? Kamu ada agenda apa di sebalik? Kerajaan kena siasat semua ini? Sama ada bangunan atau tanah SJKC itu kamu punya atau bukan, itulah adalah sekolah bantuan kerajaan.

“Apa jua yang berkaitan kerajaan, menjunjung kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, maka hidangan arak memang patut diharamkan dalam premis tersebut,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat