Ewon datang mesyuarat Kabinet tadi, Anwar belum terima surat letak jawatan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

“Belum lagi,” katanya ringkas lapor Utusan ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, Presint 16, di Putrajaya.

Malah, Anwar juga mengesahkan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu turut hadir pada mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat.

“Datang… (Ewon hadir mesyuarat Kabinet pagi tadi),” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang itu menyatakan kesediaan meletak jawatan sebagai menteri jika Jabatan Peguam Negara (AGC) merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak Sabah ke atas perkongsian hasil persekutuan dari negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan Ewon dalam ucapan penggulungannya pada konvensyen UPKO Penampang baru-baru ini.

Ewon dilaporkan berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, timbalan-timbalan perdana menteri serta menteri lain mengenai pendiriannya agar AGC tidak membuat rayuan.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat lalu memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak menyalahi undang-undang kerana gagal menyerahkan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah selama hampir 50 tahun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat