MAS milik Khazanah Nasional mewakili imej rasmi negara, Lip Eng hina Islam – Pas

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) memandang serius kenyataan biadab Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (DAP) yang menyindir cadangan Pas supaya Malaysia Airlines (MAS) menghentikan hidangan arak dengan kata-kata “kalau nak larang arak, buat sahaja Pas Airlines”.

Kenyataan ini bukan sekadar penghinaan terhadap Pas, tetapi penghinaan terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut Ketua Penerangan DUPP Datuk Mohd Nor Hamzah, MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional dan mewakili imej rasmi negara.

“Oleh itu, penyajian arak di bawah jenama milik kerajaan adalah bercanggah dengan prinsip Islam, serta tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Muslim.

“Larangan arak bukan paksaan terhadap bukan Islam, tetapi dasar moral sejagat yang turut diiktiraf oleh semua agama besar dunia.

“DUPP juga menegaskan bahawa kru penerbangan Muslim mesti dibenarkan menutup aurat dengan sempurna sebagai hak beragama yang dijamin Perlembagaan.

” Jika kerajaan benar-benar mendukung gagasan “Malaysia Madani”, maka prinsip Islam sebagai agama Persekutuan mesti dijelmakan dalam dasar dan amalan, bukan sekadar slogan,” tegas beliau.

Susulan itu, katanya DUPP menyeru, Khazanah Nasional dan Kementerian Pengangkutan segera menghentikan hidangan arak dalam penerbangan MAS.

“Kerajaan membenarkan kru penerbangan Muslim menutup aurat dengan sempurna.

“Semua GLC menilai semula operasi agar selaras dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan.

“Menolak arak bererti mempertahankan akhlak, maruah dan peradaban bangsa,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat