“Be professional, Sir” Mengapa Masjid Rusila dijadikan ‘pangkalan’ latihan? Syahir tuntut penjelasan Saifuddin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Syahir Sulaiman menuntut penjelasan telus daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai persoalan paling pokok iaitu mengapa Masjid Kampung Rusila dijadikan ‘pangkalan’ latihan.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, berbalik kepada kenyataan Saifuddin, “sekalipun dikatakan singgah untuk (latihan) menunaikan solat, adakah ini caranya?

“Keterangan gambar daripada rakaman CCTV Masjid Rusila, kelihatan 3 individu lelaki memasuki ruang solat wanita, bersebelahan tandas wanita dalam keadaan tergesa-gesa dan mencurigakan.

“Turut kelihatan (seperti yang dikongsikan Ahli Parlimen Kota Bharu pada sidang media khas di Parlimen) -sebuah kereta berwarna perak yang dinaiki 2 individu lelaki diletakkan di tepi pagar kediaman Ahli Parlimen Marang, bersebelahan ruang hadapan Masjid Rusila, dalam keadaan mencurigakan.

“Beberapa buah kenderaan dan lebih 10 invididu lelaki berpakaian biasa sedang mengawasi keadaan di perkarangan luar masjid, dalam keadaan mencurigakan; dan 3 individu lelaki berlari keluar daripada masjid dalam keadaan tergesa-gesa, dan terus menaiki sebuah kereta berwarna biru yang sampai pada masa itu untuk meninggalkan perkarangan masjid.

“Difahamkan segala aktiviti berbentuk ‘penyamaran, penyusupan, dan pelolosan’ yang amat mencurigakan ini, dijalankan tanpa pemakluman atau permohonan kepada pihak pengurusan Masjid Rusila, sebelum hari kejadian,” kata Syahir.

Tambah beliau, berkenaan operasi taktikal ‘SERE’ (Survival, Evasion, Resistance, and Escape) yang biasanya dilakukan di belakang ‘garisan pihak musuh’ (behind enemy lines).

“Izinkan kami bertanya:Apakah ‘motif’ latihan ini diadakan; Siapakah ‘musuh’ yang dimaksudkan;

“Juga Siapakah ‘sasaran’ yang hendak diloloskan?

“Datuk Seri, tidak salah untuk singgah solat di Masjid Rusila, cuma ingin berpesan, masuklah melalui pintu yang betul.

“Be professional, Sir” seru Syahir.

Oleh itu katanya, terserah kepada rakyat yang biasa singgah di masjid untuk menilainya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat