Jumlah miskin tegar turun mendadak daripada 110,663 kepada 18,000 isi rumah, Ismail Sabri tuntut penjelasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jumlah miskin tegar di negara ini yang dilaporkan turun mendadak daripada 110,663 isi rumah pada September 2023 kepada 18,000 dipertikai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, usaha untuk membasmi kemiskinan tegar ini perlu ada ketelusan supaya setiap program benar-benar memberikan kesan kepada kumpulan sasar.

“Saya difahamkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah kaedah yang dilaksanakan oleh Kerajaan hari ini bagi menggantikan program Basmi Miskin Tegar Keluarga
Malaysia (BMTKM) yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Ketika program BMTKM dilaksanakan terdapat hampir 130,000 isi rumah yang dikategorikan miskin tegar dalam senarai e-Kasih pada Oktober 2022 berbanding 260,000 isi rumah dalam tempoh yang sama 2021.

“Penurunan hampir separuh jumlah miskin tegar ini adalah kerana pendekatan agresif oleh Kerajaan ketika itu membuka
semua sektor ekonomi, dan sempadan dengan pantas serta pandemik COVID-19 telah pulih, disebabkan Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berkesan.

“Maka disebabkan itu, kita menetapkan sasaran untuk menghapuskan miskin tegar pada penghujung RMK-12 iaitu tahun 2025,” katanya.

Jelas beliau, sasaran ini adalah realistik kerana ia memerlukan pendekatan holistik, yang melibatkan kerajaan, agensi,
swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan individu.

Kata Ismail Sabri, menghapuskan miskin tegar memerlukan tekad yang tinggi daripada semua pihak terutama isi rumah itu sendiri untuk berubah.

“Kementerian Ekonomi dalam jawapan di Parlimen pada 19 Oktober 2023 menyatakan jumlah miskin tegar adalah sebanyak 110,663 isi rumah pada September 2023.

“Ini adalah berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan baru-baru ini yang menyatakan jumlah miskin tegar adalah 18,000 isi rumah.

“Kenapa wujud perbezaan data yang terlalu besar dalam tempoh yang sangat singkat?. Data-data ini mengelirukan dan
saya mohon penjelasan ketika penggulungan nanti.

“Adakah jumlah yang disebut oleh Perdana Menteri diambil daripada laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022? HIES 2022 yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi pada Julai lalu menyatakan bilangan isi rumah yang di bawah
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,198 menurun kepada 0.2 peratus iaitu 18,445 isi rumah berbanding 0.4 peratus atau 27,158 isi rumah pada tahun 2019,” ujarnya.

Ismail Sabri menyatakan, data daripada HIES adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan tinjauan berasaskan sampel tidak seperti data eKasih yang hampir ‘real-time’ dan mempunyai maklumat lengkap setiap isi rumah yang terlibat.

“Usaha untuk membasmi kemiskinan tegar ini perlu ada ketelusan supaya setiap program benar-benar memberikan kesan kepada kumpulan sasar.

“Saya juga mencadangkan supaya PGK dibuat berdasarkan lokaliti kerana taraf hidup di satu kawasan amat berbeza
seperti yang ditekankan dalam BMTKM.

“Pembasmian miskin tegar harus dilakukan secara berterusan kerana kitaran kemiskinan berkait rapat dengan kitaran
perniagaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat