Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti

- Advertisement -

IPOH: Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid adalah satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon. Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

Dilaporkan, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58 yang terkenal dengan filem arahannya seperti “Zombi Kampung Pisang” dan “Hantu Kak Limah’, telah rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Menurut Hafiz, arwah dijangka akan dikebumikan di satu lokasi di Ipoh pagi ini.

Nada sedih yang sama turut dizahirkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam Twitternya;

“Al Fatihah. Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati oleh-Nya”.

Beberapa rakan selebriti yang rapat dan mengenali arwah turut melahirkan perasaan dukacita dan terkejut seperti pelakon Que Haidar yang menghantar ciapan dalam Twitter: “Antara pengarah terawal mengesan bakat saya. Al Fatihah untuk Abang.”

Sharifah Amani dalam hantarannya di Twitter : “Thank you Abang Mamat for the years of love and dedication towards your craft and country. You will be truly missed. (Terima kasih Abang Mamat untuk cinta dan dedikasi anda kepada seni dan negara buat sekian lama. Anda akan sentiasa dirindui). Semoga tenang disana. Salam takziah buat keluarga dan sahabat tercinta. Al Fatihah”. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat