PRN Melaka: BN Perlu Ketengahkan Ramai Calon Wanita – Mastura

- Advertisement -

MELAKA: Exco Wanita UMNO, Datuk Mastura Yazid menggesa Barisan Nasional menampilkan lebih ramai calon Wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 November depan.

Jelasnya, BN perlu mempamerkan kepada Wanita Malaysia bahawa BN adalah parti yang mengiktiraf kehebatan Wanita Malaysia.

katanya lagi, BN mempunyai bakat-bakat Yang “winnable”, “acceptable“ dan “likeable” di kalangan Wanita Melaka.

“Saya sedang menuju ke Melaka. Untuk membantu Sahabat2 kita yang bakal mengadap PRN Melaka.

“Harapan saya lebih ramai calon Wanita di ketengahkan kali ini. Kita mempunyai bakat-bakat yang “winnable”, “acceptable“ dan “likeable” di kalangan Wanita Melaka.” Ujar beliau.

Beliau Berharap Presiden, Timbalan Presiden dan YAB Perdana Menteri memberi satu anjakan dan “moral boost”kepada pejuang-pejuang Wanita.

“Pamerkan kepada Wanita Malaysia bahawa BN adalah parti yang mengiktiraf kehebatan Wanita Malaysia. Thank you Sir.” Katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat