Tak perlu darurat, ketepikan ego dan duduk bincang – Syed Saddiq

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan agar kerajaan memanggil semua pemimpin duduk semeja untuk luluskan belanjawan 2021.

Menurut Syed Saddiq, dengan cara itu kerajaan tidak perlu untuk mengisytiharkan darurat dan mengadakan pilihan raya.

Beliau menegaskan semua pihak perlu mengenepikan ego dan memecahkan tembok kepartian demi Malaysia.

Menurutnya, beliau pernah berhadapan dengan situasi hampir sama ketika cuba untuk meminda Perlembagaan bagi membenarkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dalam pilihan raya.

“Dahulu saya diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana “Bipartisanhip”, kita berjaya lakukan bersama.

“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tegasnya, beliau terus bergerak kerana percaya sejarah mampu dicipta dan rakyat Malaysia memerlukan lebih ramai ahli politik yang tidak memihak kepada parti semata-mata sebaliknya memikirkan rakyat juga.

“Saya berharap Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya. Kalau takut tidak cukup sokongan di Parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung Parlimen dan demokrasi.
“Jumpa dengan semua dan cari titik tengah bersama,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia pernah melakukannya sebelum ini dan boleh melakukannya sekali lagi kali ini.

Petang semalam, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Sesi menghadap tersebut telah dimohon Perdana Menteri susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pada paginya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya tenang, tidak panik dan elak dari menimbulkan spekulasi berhubung situasi terkini dalam negara, susulan pertemuan Baginda dengan Muhyiddin semalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat