Kes positif Covid-19 catat empat angka

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebanyak 1,228 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 25,742 kes setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Sabah kekal mencatat negeri dengan kes baru paling banyak dengan 889 kes, iaitu 72.4 peratus daripada kes baru hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 502 kes (41 peratus daripada kes baru) melibatkan tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Reman dan Kluster Tembok.

“Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara,” katanya dalam sidang media hari ini.

Di negeri-negeri di Lembah Klang yang di bawah penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), terdapat 95 kes baru – 7.7 peratus – yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak dua kes baru melibatkan individu yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September kepada 468 kes.

Seramai tujuh lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan angka keseluruhan korban kepada 221 kes, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Enam kes kematian berlaku di Sabah dan satu lagi di Perak.

Untuk bulan ini, seramai 77 pesakit Covid-19 meninggal dunia di Sabah.

Dalam pada itu, seramai 671 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 16,555 kes.

Justeru, jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan pada masa ini adalah seramai 8,966 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat