Jangan jadikan Covid-19 alasan untuk cari jalan pegang kuasa – Rafidah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan Covid-19 untuk terus mencari jalan berpegang kepada kuasa, kata Tan Sri Dr Rafidah Aziz.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu berkata, sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang dilihat sangat drastik.

“Rakyat sudah letih dan jelak dengan politik yang kotor dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik.

“Kini adalah masanya untuk merangka pelan bagi mengurangkan impak pandemik, dan ianya perlu melibatkan semua pemegang taruh,” katanya dalam catatan di Facebook beliau

Rafidah berkata, kerajaan perlu mula bekerja untuk rakyat dan negara, bukan lagi berura-ura melakukan darurat atau sebagainya.

Jika itu tidak mampu dilakukan, Rafidah berkata, lebih baik kerajaan sedia ada meletak jawatan dengan segera.

Katanya, rakyat masih boleh menerima sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik Covid-19 di negara ini, kerana ia adalah selari dengan amalan negara-negara lain.

“Rakyat boleh terima PKP, PKPB dan sebagainya, bersekali dengan amalan dunia mengenai penjagaan jarak, penggunan topeng muka dan sanitasi kerana ini adalah langkah yang perlu diambil untuk menghalang penularan. Kita sudah tujuh bulan lalui kesemua ini.

“Tetapi pengisytiharan darurat bukan sahaja memberi kesan kepada Parlimen, dan proses demokrasi…ia seolah-olah menggunakan bom untuk menghapuskan tikus di loteng rumah. Seluruh rumah akan musnah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat