VFive Group jadi rakan strategik HPTN 2026, tumpu pembangunan bakat teknikal dan AI

KUALA LUMPUR – VFive Group tampil sebagai Rakan Strategik Nasional Eksklusif Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 bagi menyokong pembangunan bakat teknikal yang mampu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, pasaran hari ini memerlukan lebih daripada tenaga teknikal yang kompeten. Menurutnya, pekerja juga perlu mampu mengikuti perubahan dalam automasi dan sistem digital.

Beliau menyifatkan HPTN 2026 sebagai platform yang mempertemukan pemain industri, institusi pendidikan, badan profesional dan generasi pelapis bakat teknikal.

“Kami menyokong penuh visi yang dibawa oleh Kementerian Kerja Raya kerana inisiatif seumpama ini membuka jalan luas bagi syarikat Bumiputera seperti kami untuk mengukuhkan kapasiti, melangkah lebih jauh, dan bersaing sebagai pemain industri bertaraf antarabangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Syafiq, bidang yang diceburi VFive Group, termasuk pembinaan, pengurusan fasiliti, teknologi maklumat dan tenaga boleh diperbaharui, semakin dipacu penggunaan AI, Internet of Things (IoT), Building Information Modelling (BIM), Digital Twin dan automasi.

Katanya, penerapan teknologi itu perlu berjalan seiring dengan pembangunan tenaga kerja bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kualiti pelaksanaan projek.

Penglibatan VFive Group sebagai rakan strategik turut diiktiraf melalui penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Perniagaannya, Noorazly Ja’alam, pada Majlis Prapelancaran HPTN 2026 di Kuching, Sarawak, pada Selasa.

HPTN 2026 yang bertemakan “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian” dijadual berlangsung pada 1 dan 2 Disember ini di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

VFive Group ialah kumpulan syarikat milikan penuh Bumiputera yang beroperasi sejak 2012. Selain bidang yang disebutkan, kumpulan itu turut terlibat dalam pembangunan hartanah, konsesi dan pembekalan am.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat