PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkempen dan mengundi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitternya mencatatkan rayuan itu.

“Bantulah negara dalam mengawal penularan Covid-19, Kita Jaga Kita,” katanya.

Kebimbangan yang dizahirkan Dr Noor Hisham ini susulan beberapa ahli politik yang turun membantu kempen di Sabah didapati psotif Covid-19.

Bahkan, tiga calon pilihan raya perlu menjalani kuarantin 14 hari setelah menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19, namun tetap meneruskan kempen.

Hari ini Sabah mencatatkan 63 kes baru positif Covid-19 meskipun berbaki dua hari sebelum pilihan raya pada Sabtu ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat