Cuepacs Gesa Lantik Semula 55,000 Kakitangan Kontrak Yang Ditamatkan PH

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

MCA Ucap Tahniah, Ikrar Beri Kerjasama Kepada Hishamuddin

CYBERJAYA - MCA mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu. "MCA berikrar memberi kerjasama...

Tak Perlu Bimbang Jika Darurat Diisytiharkan – Prof Dr Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan. Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr...

Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river...

Tiada Pengumuman PM Malam Ini

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan...

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan 2 tahun lepas.

Presidennya Adnan Mat berkata, jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.

“Kita memohon ada pertimbangan khas kepada semua kakitangan kontrak yang telah ditamatkan oleh kerajaan terdahulu supaya mereka ini diambil semula berkhidmat di mana-mana agensi kerana keperluan itu wujud.

“Perkara ini perlu diberi keutamaan selain memberi ruang mereka kembali bekerja selepas terjejas dan sengsara hampir 2 tahun berikutan penamatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini.

Adnan berkata, mereka juga berkemungkinan boleh diserapkan sebagai pekerja tetap memandangkan ada sesetengah jawatan yang disandang itu mempunyai waran perjawatan tetap seperti yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain itu, beliau menyambut baik langkah kerajaan tidak mengecilkan saiz penjawat awam yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara walaupun sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) dilaksanakan.

Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan ada perkara atau pendekatan yang memerlukan hubungan secara langsung dilaksanakan antara penjawat awam dan rakyat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

“Tidak semestinya semua perkara dapat diselesaikan melalui rangkaian atau pautan secara terus daripada internet sebaliknya ada perkara yang memerlukan sentuhan langsung daripada penjawat awam dalam konteks sistem penyampaian antara kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Katanya, pengekalan jumlah penjawat awam sedia ada itu juga amat penting dalam meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam di setiap peringkat. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Berita Berkaitan

Tak Perlu Bimbang Jika Darurat Diisytiharkan – Prof Dr Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan. Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr...

Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river...

Tiada Pengumuman PM Malam Ini

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan...