Tindakan MyBurgerLab Beri Pengajaran Hormati Sensitiviti Agama – Saifuddin

CYBERJAYA – Keputusan MyBurgerLab menamatkan kontrak Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat itu, Andrew Chong, kerana kenyataan kontroversi menyentuh sensitiviti agama harus dijadikan teladan kepada semua pihak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menegaskan, insiden tersebut jelas menggambarkan pentingnya semua pihak menjaga tanggungjawab sosial serta sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.

“Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai,” katanya seperti dipetik Bernama.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Taiping, hari ini.

Dalam isu berasingan, beliau turut mengingatkan penganjur konvoi motosikal agar memberi taklimat mengenai pematuhan undang-undang jalan raya, termasuk had laju dan jarak selamat, kepada semua peserta.

“Konvoi itu satu hobi perlu digalakkan, tetapi mesti mematuhi garis panduan keselamatan. Jangan sampai menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain apatah lagi yang melibatkan nyawa,” katanya.

Beliau mengulas penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu semalam, yang mencuri perhatian selepas berlaku kemalangan maut membabitkan seorang peserta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat