Arahan tutup klinik 30 hari kerana Jalur Gemilang terbalik terlalu berat – Teo Nie Ching

KULAI – Tindakan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengarahkan penutupan sebuah klinik gigi selama 30 hari kerana kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik disifatkan terlalu berat, kata Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut beliau, kesalahan itu jelas tidak disengajakan, malah pihak polis turut mengesahkan bahawa insiden tersebut tidak berniat mencabar kedaulatan negara.

“Saya bukan mahu mempertahankan perbuatan yang dilakukan oleh premis itu, ia adalah perbuatan yang salah tetapi ia tidak disengajakan dan arahan penutupan premis selama 30 hari itu terlalu lama. Hukuman itu sepatutnya boleh dipertimbangkan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Nie Ching menambah, hukuman sedemikian boleh memberikan implikasi besar sekiranya ia berlaku ke atas sebuah kilang yang mempunyai ramai pekerja.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang dan Pendidikan Pelajar di Dewan Terbuka Jalan Merbuk, Bandar Putra, pada Ahad.

Sebelum ini, Yang Dipertua MPPn, Abdul Azim Shamsuddin, mengesahkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan notis penutupan kepada premis terbabit selepas pemeriksaan mendapati ia melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan 2019 berhubung pengibaran bendera.

Tindakan MPPn itu turut menimbulkan reaksi bercampur-campur daripada masyarakat; ada yang menyokong tindakan tegas tersebut dan tidak kurang juga yang menyifatkannya keterlaluan.

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berharap agar MPPn mempertimbangkan semula hukuman tersebut dengan pendekatan yang lebih seimbang.

“Amat penting untuk kita menghormati Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara, namun hukuman perlu adil dan tidak menimbulkan kebimbangan rakyat untuk mengibarkan bendera,” katanya lagi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat