Anwar ucap tahniah kepada India berjaya mendarat di kutub selatan bulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakyat Republik India atas kejayaan mendaratnya pesawat ruang angkasa India Chandrayaan-3 semalam di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai manusia.

Kata Anwar, India kini telah menawan bulan, dan beliau melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah “The Asian Century”.

“Tahniah India!, ucap beliau.

India, semalam, menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.
Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lalu.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada jam 5.44 petang waktu India pada Rabu.

“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat