Jamal sedia duet dengan Aliff Syukri tapi bersyarat..

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya tak kisah dan sedia terima pelawaan Datuk Seri Aliff Syukri untuk berduet. Namun dia perlu ikut syarat yang ditetapkan,” kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Ia sebagai mengulas keinginan usahawan kontroversi itu yang melahirkan keinginan untuk berduet dengannya serta beberapa penyanyi popular lain.

“Bukan dia sahaja, malah sesiapa sahaja boleh berduet dengan saya tapi nyanyiannya mesti sepenuh hati selain tidak sumbang. Itu yang paling utama.

“Pada saya, apa yang dibuat ini adalah satu penghormatan, ikut trend semasa dan saya pun kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.

“Apapun seperti saya katakan, nyanyiannya tak sumbang sampaikan kita sakit telinga, selain orang tak salahkan saya nanti,” katanya.

Penyanyi bergelar Raja Pop ini berkata, semua orang tahu Aliff bukan penyanyi dan apa yang dilakukan sebagai strategi promosi bisnesnya.

“Sekiranya ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu pun belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan terbabit.

“Sebenarnya semua pihak perlu berlapang dada kerana ia hanya sebahagian daripada strategi perniagaan. Kita tak boleh salahkan dia kalau dia berbuat demikian kerana usahawan harus menggunakan pelbagai kaedah untuk melariskan produk,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Zarania Beauty semalam.

Jamal bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin menjadi rakan kongsi bagi produk kecantikan terbabit.

Menurutnya, semua pihak perlu melihat Aliff bukan penyanyi, namun menyanyi sebagai strategi bisnesnya.

“Sesiapa pun bebas nak menyanyi. Tiada masalah jika dia menggunakan cara ini untuk perniagaannya.” katanya.

Terdahulu Aliff Syukri mendedahkan keinginannya untuk berduet dengan beberapa penyanyi popular seperti Jamal, Anuar Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Awie.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat