Kem realisasi aplikasi

- Advertisement -

Kem Keusahawanan Apple (Apple Entrepreneur Camp) sememangnya menjadi perhatian pembangun aplikasi setiap kali acara berkenaan dianjurkan kerana ia memberi platform untuk menzahirkan idea kepada aplikasi nyata.

Berkongsi pengalaman itu, pembangun aplikasi, Viona Allicia yang juga alumni kepada kem berkenaan pada tahun lalu berjaya merealisasikan impiannya untuk mewujudkan satu aplikasi yang mampu memberi faedah orang lain.

“Apabila kami mendapat tahu bahawa kami diterima masuk ke Kem Usahawan Apple, kami sangat teruja.

“Ia datang pada masa terbaik kerana sebenarnya ketika itu, pasukan kami sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan penerimaan masuk ke kem berkenaan membuka jalan kepada kami untuk berusaha merealisasikan aplikasi ini.

“Saya menghadiri kem itu bersama dua lagi rakan sepasukan dan semasa tempoh kem itu berlangsung iaitu selama 10 hari, kami berpeluang bertemu dengan ramai pakar daripada Apple yang membantu,” katanya.

Pada masa sama, pasukan Viona sedang menjalinkan kerjasama dengan Majlis Epilepsi Malaysia khususnya Pengerusinya iaitu Prof Datuk Raymind Azman Ali untuk menambah baik aplikasi berkenaan.

Menurutnya, bantuan berkenaan merangkumi reka bentuk, pembangunan dan idea perniagaan.

Ketika ditanya berhubung galakan kepada pembangun aplikasi untuk menyertai kem berkenaan, Viona menegaskan bahawa sesiapa yang menyertainya akan mendapat pengalaman paling berharga untuk digunakan.

“Bagi saya, buat saja, ini adalah pengalaman yang tidak ternilai dan berharga dan saya fikir mana-mana pengasas atau pembangun akan melakukannya.

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh mendaftar masuk ke Kem Usahawan Apple 2022 sebelum tarikh tutup pada 24 Ogos ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat