Dedikasi lagu buat isteri

- Advertisement -

BAND yang kian popular, diterajui oleh penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar & The Locos (ASTL), bersama anggotanya seperti Tam Cobain (pemain gitar), Efry Arwis (pemain bass), Rajwan Juni (pemain dram) dan Faliq Auri (pemain saksofon) muncul dengan single ketiga lebih romantis ditujukan istimewa buat wanita bergelar Isteri.

Lagu berjudul Isteri adalah hasil nukilan komposer terkenal, Iqie Hugh, bersama-sama Alif sendiri dengan Tam dan Efry, manakala terbitan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Alif berkata, dia bersyukur dengan sambutan diberikan terhadap kumpulannya itu selain optimis untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

“Syukur Alhamdulillah di atas sambutan single LelakiXSempurna tempoh hari yang dirakam dalam dua versi dan turut menampilkan penyanyi indie berbakat, Diandra Arjunaidi.

“Kebanyakan pendengar memberikan respons yang cukup positif dan suka dengan kolaborasi itu, walaupun tidak dinafikan konsepnya agak moden dan lebih ke depan buat penggemar muzik tempatan, namun kami tetap optimis dengan karya yang kami persembahkan.

“Lagu Isteri adalah single ketiga yang sudah direncanakan oleh ASTL, dan belum pun dilancarkan secara rasminya, tapi terlebih dahulu tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan melebihi 1 juta,” katanya.

Menurut Tam Cobain, sebagai inisiatif dia bersama Alif dan band turun padang bagi mendekati peminat dan pendengar sekali gus mempromosikan karya mereka.

“Sebenarnya, kami baharu sahaja menamatkan siri jelajah busking pada 6 Ogos yang lepas di tiga lokasi berbeza seperti Uptown Kota Damansara, Tapak Urban Street Dining Cyberjaya dan terakhir KL Night Street Sri Rampai. Pengunjung di ketiga-tiga lokasi ini sangat ‘supporting’ dan ramai yang ”sing-along, walaupun ada yang tidak hafal dengan lirik tetapi tetap ‘enjoy’, sehingga single baharu kami Isteri terus menjadi tular di TikTok kerana drama lakonan Alif.

“Sebagai ‘performer’, kita harus turun padang ke tempat sebegini dan bergaul dengan orang awam, kerana dengan pendekatan sebeginilah akan mendekatkan lagi jurang di antara artis dan peminat. Kami sengaja ‘test market’ dan mencuba kaedah busking untuk melihat sejauh mana pendengar dapat menerima jenis lagu yang kami bawakan,” katanya.

Sementara itu, Efry menyifatkan single Isteri sangat bermakna dan membawa maksud seperti judulnya.

“Penceritaan di sebalik Isteri sangat ‘straightforward’, ia adalah apresiasi terindah buat isteri di luar sana. Kalau pendengar amati, bait-bait liriknya menunjukkan penghargaan seorang suami buat sang isteri.

“Saya sedar ada suami yang kurang menunjukkan perasaan romantis secara nyata, ini lagu untuk golongan suami yang malu-malu atau buntu mencari apakah alternatifnya. Single pop dalam genre balada ini kalau diamati ternyata kedengaran moden melalui elemen kugiran yang dibawakan ASTL dengan susunan melodi yang tidak berat dan punyai unsur melankolik yang ‘easy-listening’ membuai perasaan sesiapa yang mendengarnya,” katanya.

Bagi Rajwan pula, dia berharap single Isteri dapat diterima baik seluruh pencinta muzik tanah air.

“Kami mahukan sebuah karya yang mudah dihadam halwa telinga pendengar muzik masa kini, mungkin sedikit moden tetapi masih boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.

“Konsep video muzik (MV) juga berbeza, kami cuba tampilkan sesuatu yang lebih organik, dari sudut pandang seorang suami terhadap isterinya,” katanya.

Faliq pula berkata, ASTL ternyata bukan sebuah band percubaan yang suka-suka dan mereka mahukan keberadaan di persada muzik Malaysia diberi perhatian, mungkin pendekatan yang diambil agak kurang konvensional, ini kerana prinsip muzik mereka yang unik dan mendalam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat